Recent Post

Blogwalking oh blogwalking

1. Kalau sehari abgcek tak blogwalking tentu tak dak sapa nak masuk blog ni , tentu sekali abgcek nak kena klik klik iklan kawan2 dulu baru kawan2 klik abgcek punya , tu pun kalau sudi, kalau ihlas.

2. Dan dah tentu abgcek kena komen entri anda dulu baru lah tergerak hati anda nak komen, dah tentu abgcek nak kena komen cbox anda dulu baru anda rasa nak komen kat cbox abgcek, kan ?

3. Dah tentu abgcek nak kena ping entri ke busuk.org dan ping website yang lain , facebook? Memang abgcek ada ping entri ke facebook , dan twitter tapi masuk tak banyak, yang masuk banyak adalah dari busuk .

Itu saja untuk petang ni , jagan lupa menderma untuk abgcek.....ikhlas je , tak ikhlas tak yah derma le.....

----------
Sent from my Nokia phone
Baca Lagi........

Derma-menderma , ini saja cara abgcek nak naikkan credit dalam Nuffnang !

Menderma
1. Menderma ? Ini saja cara abgcek nak naikkan credit dalam nuffnang , abgcek blogwalking ke blog sahabat , dan menderma , tolong orang , orang akan tolong kita balik , lambat atau cepat  tu terpulanglah kepada keikhlasan masing-masing.

2. Antara ayat-ayat yang sering digunakan semasa blogwalking :

' singgah sini '  ' menderma sini '  ' tergolek kat sini '  ' menabung kat sini '  dan antara ayat-ayat yang selalu saya guna ,  ' derma sini 1 kali '

3. Blogwalking ini bagus juga untuk meramaikan kenalan dan boleh le tolong klik-klik ( ini atas keikhlasan masing-masing. )
Baca Lagi........

Blog araublogger.com kena jangkitan Malware, abgcek tak tau nak wat cam na ..

malware dari melvister

Blog  araublogger.com kena jangkitan malware , tak tau nak wat camna , seronok le kalau belum kena, semalam dah buang semua , link melvister semua kena, visitor pun kurang nak wat camna , tapi hari ada dua payment masuk akaun saya , satu dari says.my dan satu lagi dari exabytes kat penang sana, pening kepala sebab entri kena check semua , dah tentu check satu persatu .

Nak buat macamana hidup mesti diteruskan , nak wat camna ini belog cari makan , dengan duit tu lah abgcek boleh makan , terpaksa teruskan blogging dengan belog kedua ni kan ? Tapi ini belog personal hak kawan, boleh derma-menderma klik-mengklik dapat duit raya sakan . Sekian saja entri pertama dari abgcek . Araublogger ? Hurrrm .....tak tau apa nak jadi .
Baca Lagi........

Terawih kedua malam ni ....


Lega rasanya , dalam kesibukan abgcek dengan aktiviti harian , dapat juga abgcek luangkan masa untuk solat terawih, walaupun aku buat sorang-sorang kat rumah , tak pe, harap solat aku diterima. Malam ni adalah malam kedua aku solat terawih , tahun lepas aku tak solat terawih langsung walau satu malam , nak wat camna , ada anak kecil tak leh tinggal, tapi syukur Ramadhan tahun ni aku dah solat 2 malam .

Fadilat solat terawih ni cukup tinggi , tambahan lagi malam pertama, berdoa lah nak doa apa pun , moga dimakbulkan , nak tahu fadilat solat terawih sehingga 30 malam Google sendirilah abgcek bukan tau sangat , tapi yg aku tau memang besar pahalanya . Aku harap dapat habiskan solat terawih ni sehingga malam terakhir Ramadhan.
Baca Lagi........

Aku bersorangan kat tempat kerja...


Tension juga bila gred jawatan kita , nampaknya kita berseorangan kat tempat kerja , maksud aku gred jawatan kita , kita sorang je. Tak ada orang lain dah , kalau ape-ape kita aje yang kena. Aku bertugas sebagai pakar komputer  dan sistem ( pentadbir sistem komputer ) kat tempat keje aku tu , tapi sekarang ni aku dah semakin tak seronok keje, tak tau kenape.


Pergi meeting pun kena ugut itu dan ini , ugut nak kena tukar le ,ugut nak stop gaji dan macam2 lagi , mentang-mentang le depa gred jawatan besar , asyik nak ugut orang bawahan je, asyik minta surat tunjuk sebab le dan macam-macam lagi.

Kekadang aku fikir nak mintak tukar tempat lain je, tapi takut juga nanti keluar kandang harimau masuk kandang buaya ha ha . Kalau le aku ade bisnes yg betul stabil  dan pendapatan tetap , aku memang berhenti kerja kerajaan ni , dah tak tahan dah .

Tapi aku tetap bersyukur sbb Allah bagi rezki melaui keje kerajaan juga .

Baca Lagi........

Selamat berbuka puasa hari pertama puasa ni ......





Ehem ..buka puasa pertama hari ni , selalunya orang yang jauh di perantauan akan balik berbuka puasa di runah keluarga pada puasa pertama, betul tak !! Kat tempat keje abgcek pun ramai yang ambik cuti panjang sbb nak berbuka bersama keluarga tersayang. 


Aku yg duduk dekat dengan keluarga ni yg tak tak balik ke rumah keluarga nak berbuka puasa, bukan apa dah 5 minit saja boleh sampai ke rumah keluarga, kan !! Jauh dimata dekat dihati tapi kalai dekat di mata jauh pula di hati . 


Jadi selamat berbuka puasa kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada !!

Baca Lagi........

SBPA NAJIB BUAT PENGUMUMAN 12 MAC 2012


SBPA  NAJIB BUAT PENGUMUMAN 12 MAC 2012 |
Dato' Sri Najib dijangka buat pengumuman penting pada 12 Mac 2012 kepad semua penjawat awam tentang SBPA. Pengumuman ini diharap merungkaikan kemelut dan ketidakpuasan hari tentang skim SBPA sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan 45 minit dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.-ceupacs.blogspot.com

p/s : Harap-harap betul khabar angin kata gred SPM naik RM1000, Gred Diploma naik RM1500 , Gred Ijazah naik RM2000, Gred JUSA naik RM2500.
Baca Lagi........